Tuesday, February 22, 2022

First Appointment Di Klinik Nur Sejahtera, LPPKN (Fertility Journey)

 Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Hari ni 22 Februari 2022, fatin cuti. Apply cuti dari bulan Januari lagi. Lepas ja fatin call Klinik Nur Sejahtera, dapat tarikh appointment semua, baru apply cuti. Nice date kan ? 22.02.22

Ramai yang DM tanya fatin, macam mana fatin dapat appointment ? macam mana nak call klinik ? macam mana nak daftar ? dan macam-macam lagi soalan. Okay, alang-alang free ni, fatin boleh cerita serba sedikit pasal LPPKN dan cara dapatkan appointment klinik LPPKN ni.

First, fatin dapat tahu pasal LPPKN ni dari husband. Dia kata ada kawan dia dan wife pergi sana untuk check masalah kelamin. Contohnya susah nak pregnant semula atau tak pernah pregnant tapi dah cuba masih tak dikurniakan zuriat.



LPPKN ni ada sediakan perkhidmatan keluarga, wanita dan sebagainya. Kalau nak tahu lanjut, boleh klik link ni LPPKN . Fatin haritu try ja buka tab "Rawatan Kesuburan Subfertiliti". Then ternampak poster dalam web tu. Fatin ni bukanlah pakar atau tahu sangat apa itu Subfertiliti. Baca-baca and buat research sikit, terus berminat nak buat appointment.




Baru la tahu yang Kerajaan ada sediakan servis atau tempat macam ni. Kalau nak pergi swasta boleh, janji duit kepuk-kepuk. hehe. Dah baca-baca semua, duduk cari button daftar tak ada, rupanya kena call dulu Klinik Nur Sejahtera dekat satu portal lagi namanya RHIS. 




Untuk terus ke portal RHIS boleh klik link ni https://rhisportal.lppkn.gov.my/#!ReservationListView .
Buka ja RHIS, terus nampak "Sign Up" sebelah button Login. Klik "Sign Up" dan isi borang atau masukkan maklumat diri dan pasangan masing-masing. Mudah ja. Segalanya online sekarang.

Lepas dah isi semua, dah lengkap keduanya, ada nombor telefon klinik di ruangan sebelah kanan portal seperti di bawah 





Nampak kan ? dalam bulatan ada tulis "Peringatan Mesra". Call nombor tertera, kalau tak angkat, call ja berkali-kali sampai angkat. Kalau operator/staff dah angkat, cakap nak appointment Subfertiliti. Nanti staff akan semak tarikh atau slot kosong. Bila staff dah maklumkan tarikh, baru la apply cuti bagi yang bekerja. Sebenarnya ramai sangat yang menggunakan servis di LPPKN ni. So, memang akan full dan selalunya kita akan tunggu lebih kurang sebulan atau lebih sebulan untuk first appointment. Harap bersabar ya. 

Staff akan maklumkan pada kita dokumen apa yang perlu di bawa, apa yang perlu di buat. Take note ya. Jangan pandang remeh. So, bila dah lock date, kita buka portal RHIS, terus boleh nampak tarikh, masa, tempat dll. Contoh macam ni ...




Klik ruangan "Client" seterusnya klik "Appointment", terus nampak list appointment kita. Boleh la set tarikh and masa dalam phone. Buat reminder untuk husband juga. Senang if husband nak apply cuti kan. Dan jangan lupa, rekod period kita. Berapa hari bulan datang, berapa hari datang and habis period bila. Nanti nurse akan tanya. 

Sekarang kan mudah, pakai apps ja. Download ja apps "Period Tracker" dalam phone, period datang ja terus tekan "Start Period" then kalau habis "End Period". Easy. Memudahkan urusan nurse nanti.



Cantik kliniknya. Klinik ni dekat Tingkat 6, Bangunan LPPKN Jln Raja Laut, Kuala Lumpur. Staff sangat friendly and very helpful. Bawa IC, Kad Nikah dan standby duit RM65 untuk first appointment. Nanti staff akan bagi kad temujanji, lepas ni bawa kad tu ja. 

Staff juga akan minta kita dan pasangan baca prosedur klinik. Lepas baca, suami isteri sign di bawah sebagai tanda setuju. Dan suami kita akan diminta naik ke tingkat 7 bagi proses pertama iaitu (sorry kalau bunyi kasar bahasanya, proses tu adalah mengeluarkan air mani). Air mani suami akan di bawa ke lab bagi tujuan pemeriksaan samada "ada sperma" atau "tiada sperma". 

Isteri pula akan tunggu di tingkat 6 sehingga dipanggil nurse ke Ruangan Clearance. Sementara menunggu tu, fatin ambil la brosur baca-baca sikit hilang bosan. haha




Dah naik nombor giliran, boleh la bergerak ke Ruangan Clearance bagi tujuan timbang berat badan, ukur tinggi dan maklumat peribadi yang agak sensitif. Nurse akan tanya beberapa soalan, jawab ja terus terang and kalau ada yang perlu dirahsiakan, nurse akan letak "PNC" atau Private And Confidential. Jangan risau. 

Lepas dah selesai urusan fatin, nurse akan panggil suami pula. One by one. Suami pun akan lalui benda yang sama. Nurse akan tanya beberapa soalan. Dah selesai keduanya, nurse akan jumpa berdua pula untuk clear pasal air mani, lab result, haid isteri, HSG X-Ray dan lain-lain. 

Untuk isteri, nurse akan sediakan surat refer atau surat rujukan untuk HSG X-Ray di klinik/hospital swasta. Hospital Kerajaan tak boleh. Mereka perlukan report dan film X-Ray. So, spend duit sikit. Tapi nurse tu ada suggest satu tempat di Wisma DBKL namanya Daya X-Ray by Dr.Mohan. Don't worry, nurse akan maklumkan pada kita apa perlu buat itu ini dan sebagainya. 

Lepas balik dari klinik, fatin period 1st day untuk bulan Februari. So, sementara ingat fatin terus call klink Daya X-Ray book appointment untuk HSG X-Ray. Dan tarikh berikutnya 3 Mac 2022 pula.

Wish me good luck dan semoga kita mendapat cahaya mata ya plus (+) semoga penulisan fatin ni membantu para wanita atau pasangan yang ingin cahaya mata. Kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan. Inshaallah... yang penting kita usaha. 

Love, Fatin 💗









No comments:

Post a Comment