Saturday, April 18, 2020

Pengalaman Temuduga PERKESO

Assalamualaikum/Salam sejahtera

Sekarang tengah waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) akibat Covid-19 di Malaysia. So fatin banyak sangat masa terluang haha. Cuma malas nak menaip. Tajuk hari ni simple ja. Nak cerita pengalaman fatin masa interview di PERKESO iaitu pada 18 November 2019.

First sekali fatin buat sebelum dapat interview ni of course la isi borang macam Jobstreet/Maukerja etc tu. TAPI ! yang ni bukan di laman web lain ya. Fatin isi di laman web rasmi PERKESO (https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/) Kalau korang rajin, korang buka la laman web PERKESO dan lihat di ruangan "Peluang Kerjaya" atau (https://hr.perkeso.gov.my/). Dekat dalam tu, akan ada satu ruang "Iklan Terbaru". Haa..dekat situ la selalu naik jawatan-jawatan kosong terbaru yang dibuka oleh PERKESO. Kalau nak lagi senang, korang register/daftar dulu. Bila dah isi semua, masukkan gambar saiz passport dalam tu, terus SAVE.

Syaratnya, kena selalu pantau page tu. Kena selalu buka. Sebab PERKESO ni tak ada la war-warkan sangat if ada jawatan kosong dekat website lain. Selalu di website dia sendiri. Kalau korang bernasib baik buka ja website HR tu ada jawatan kosong terus Log In dan send resume yang dah isi tu tau. Maksudnya, kita dah standby. Buka ja terus send.

Alright, Masuk ke topik interview. Masa fatin buka laman web PERKESO tu, memang bernasib baik, Alhamdulillah..Perkeso memang tengah open 4 jawatan. Setiap 1 jawatan tu nak pakai 20-52 orang tak silap. Ramai. Fatin tunggu hampir 6 bulan untuk tahu jawapan samada dapat interview atau tak. Berdoa la banyak-banyak ya.

Gambar : Harian Metro

Sampai 1 masa tu fatin dah give up. Dapat, dapat lah. Tak dapat pun tak apa. Tu baru fasa interview. Tapi nak dikatakan rezeki dari Allah, 1 hari tu tergerak hati nak check email, Alhamdulillah.. dapat email dari PERKESO untuk menghadiri Temuduga Jawatan Pegawai Eksekutif Gred 19 (Kontrak).

Untuk makluman semua, PERKESO punya gred ni lain sikit dari lain. Fatin tak sure yang lain macam mana. Kalau dalam kerajaan Gred 29, di PERKESO Gred 19. Macam tu. Level diploma la. Kontrak di PERKESO selalunya 2 tahun.

So, fatin pun diberi masa lebih kurang seminggu untuk prepare semua dokumen yang nak dibawa time interview. Dah prepare semua, fatin kena baca dan faham apa fungsi PERKESO. Banyak fatin hafal tau 1 buku jugak haha.

Pagi-pagi dah terpacak dekat Menara PERKESO,Jln Ampang, KL. Pukul 9 masuk dewan menunggu. Ramai. Dalam masa menunggu tu, pegawai dari Bahagian HR PERKESO akan brief semua calon apa yang perlu dan apa yang tak perlu. Dokumen apa nak letak dan semua perlu ikut turutan. List dokumen pegawai HR akan sediakan untuk kita. So, kalau lengkap, kita tick dalam column.
Macam kes fatin terlupa bawa Sijil SPM. Cakap ja dekat pegawai yang dokumen tak cukup. Jangan malu tanya dan cakap ya. Kalau lupa/tak lengkap cakap ja. Nanti dia akan bagi penyelesaian lain.

So bila dah siap semua dokumen, kita tunggu untuk dipanggil oleh panel. SERAM. Ok, sekali masuk 6-8 orang. Ramai weh. Even ramai tapi panel nak tengok siapa yang banyak bahas/bagi idea etc. Dah la speaking, fatin dah jem kepala. Lama tak speaking semenjak kerja KSM. Tak confident dah. Fatin rasa fatin yang paling noob antara semua. Semua gempak ja english. Cair habis macam matsaleh. Haihhh... dalam hati fatin "mati dah aku..memang tak dapat la kalau macam ni". Tapi please try your best ok. Fatin pun try jugak cakap walaupun banyak aaaaa....errrrr....emmmm....

Panel tanya 3 soalan :

1. Perkenalkan diri (macam biasa)
    - part ni please cerita sehabis baik pasal diri kita. Kelebihan kita. Biar la orang nak cakap apa
2. Apa pandangan kita tentang rasuah
3. Bagaimana cara nak atasi rasuah dikalangan kita/pekerja etc

Fatin jawab sikit-sikit mana agak fatin tahu haha. So.. dah settle semua, kita dah boleh balik.
Serius, fatin tak harap langsung aku dapat dengan keyakinan kurang, cakap entah apa, rasa down dah.
Tapi rezeki Allah dah letak. Alhamdulillah..fatin dapat kerja dan jawatan tu.

So, next inshaallah kalau tak ada apa-apa, fatin cerita part dapat email tawaran kerja. Apa-apa pun wish me luck dan semoga kita semua murah rezeki yang penting, jangan lupa berdoa pada yang Esa kerana dia maha pemberi rezeki. Percaya kepadaNya.

Bye...



18 comments:

  1. Salam awak, saya dapat iv utk oengurus kes gred 23. Boleh tak saya nak tau contoh skop kerja?

    ReplyDelete
  2. Salam, nak tanya. Pasal temuduga perkeso oengurus kes gred 23. Boleh tak saya tau cth skop kerja?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam hai nak tanya. Esok turn sy interview. Apa ye skop keje pegawai eksekutif perkeso ni dan masa iv tu all the time speak inglish ke 🥴

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi zul, untuk skop kerja pegawai eksekutif G19 ni agak heavy. Bab skop kerja susah nak explain sebab selalunya akan ikut unit/bahagian mana yang kita akan lapor diri.

      Macam kes fatin, fatin lapor diri di cawangan komunikasi strategik, more to media,publisiti,multimedia etc. Fatin lulusan grafik, jadi skop kerja fatin more to grafik etc.

      Delete
    2. To zul : tak sure time interview speaking ke tak untuk batch awak sebab time saya interview tu kena speaking 🤣

      Apa pun kalau dapat masuk perkeso, tahniah 😇 doa banyak banyak. So far kerja sini best alhamdulillah

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Salam Zul, nak tanya tarikh interview jawatan yang awak dapat ni, tarikh interview baru ke? Sebab saya ada dapat interview dan patutnya interview awal bulan 11, tapi kena postpone ke tarikh yang perkeso tetapkan kemudian, tapi sampai sekarang tak dapat tarikh baru lagi 😅

      Delete
    5. Hi HewHew, rasanya awak kena tunggu lagi sebab sekarang kita stop adakan pengambilan

      Delete
  5. Hi Fatin, sy nak tanya gaji mcm mana ye ? Sebelum terima tawaran kena discuss kan berapa gaji? Kita sendiri boleh ke negotiate dgn hr? Atau dorg dah fixed kan brp gaji kita? Lps tu berapa lama ye jawapan di terima kerja Fatin hari tu? Lama x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi mei, untuk ni i rasa better u terus tanya PIC/HR masa dapat surat tawaran kerja tu. Ada nombor PIC dekat lampiran, call tanya ok.

      Delete
  6. Hi Fatin, lepas temuduga, berapa lama kita tahu jawapan dia ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sha, sorry late. busy sikit. berapa lama tu tak sure... tapi dalam masa 6 bulan. Kalau selepas 6 bulan tak ada panggilan/lapor diri maksudnya tak dapat.

      Delete
  7. Saya baru submit form Pegawai Eksekutif Gred 19. Doakan saya dapat iv dan berjaya ya! Terima kasih atas tips dan pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi ayu, waa good luck ya ! semoga penulisan ni bermanfaat. Inshaallah sabar dan banyak doa ok.

      Delete
    2. Hi Fatin. Nak tanya, kalau interview online perkeso macam mana ye?

      Delete
  8. salam sis nak tanya perkeso ada elaun tetap, perumahan or sara diri ke sis selain daripada gaji basic?

    ReplyDelete
  9. Salam sis fatin saya nk tnya kalau kerani sambilan perkeso skop kerja dia mcm mna eh ? Ada kerja2 luar juga ka mcm handle event2 perkeso

    ReplyDelete