Tuesday, February 22, 2022

First Appointment Di Klinik Nur Sejahtera, LPPKN (Fertility Journey)

 Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Hari ni 22 Februari 2022, fatin cuti. Apply cuti dari bulan Januari lagi. Lepas ja fatin call Klinik Nur Sejahtera, dapat tarikh appointment semua, baru apply cuti. Nice date kan ? 22.02.22

Ramai yang DM tanya fatin, macam mana fatin dapat appointment ? macam mana nak call klinik ? macam mana nak daftar ? dan macam-macam lagi soalan. Okay, alang-alang free ni, fatin boleh cerita serba sedikit pasal LPPKN dan cara dapatkan appointment klinik LPPKN ni.

First, fatin dapat tahu pasal LPPKN ni dari husband. Dia kata ada kawan dia dan wife pergi sana untuk check masalah kelamin. Contohnya susah nak pregnant semula atau tak pernah pregnant tapi dah cuba masih tak dikurniakan zuriat.



LPPKN ni ada sediakan perkhidmatan keluarga, wanita dan sebagainya. Kalau nak tahu lanjut, boleh klik link ni LPPKN . Fatin haritu try ja buka tab "Rawatan Kesuburan Subfertiliti". Then ternampak poster dalam web tu. Fatin ni bukanlah pakar atau tahu sangat apa itu Subfertiliti. Baca-baca and buat research sikit, terus berminat nak buat appointment.




Baru la tahu yang Kerajaan ada sediakan servis atau tempat macam ni. Kalau nak pergi swasta boleh, janji duit kepuk-kepuk. hehe. Dah baca-baca semua, duduk cari button daftar tak ada, rupanya kena call dulu Klinik Nur Sejahtera dekat satu portal lagi namanya RHIS. 




Untuk terus ke portal RHIS boleh klik link ni https://rhisportal.lppkn.gov.my/#!ReservationListView .
Buka ja RHIS, terus nampak "Sign Up" sebelah button Login. Klik "Sign Up" dan isi borang atau masukkan maklumat diri dan pasangan masing-masing. Mudah ja. Segalanya online sekarang.

Lepas dah isi semua, dah lengkap keduanya, ada nombor telefon klinik di ruangan sebelah kanan portal seperti di bawah 





Nampak kan ? dalam bulatan ada tulis "Peringatan Mesra". Call nombor tertera, kalau tak angkat, call ja berkali-kali sampai angkat. Kalau operator/staff dah angkat, cakap nak appointment Subfertiliti. Nanti staff akan semak tarikh atau slot kosong. Bila staff dah maklumkan tarikh, baru la apply cuti bagi yang bekerja. Sebenarnya ramai sangat yang menggunakan servis di LPPKN ni. So, memang akan full dan selalunya kita akan tunggu lebih kurang sebulan atau lebih sebulan untuk first appointment. Harap bersabar ya. 

Staff akan maklumkan pada kita dokumen apa yang perlu di bawa, apa yang perlu di buat. Take note ya. Jangan pandang remeh. So, bila dah lock date, kita buka portal RHIS, terus boleh nampak tarikh, masa, tempat dll. Contoh macam ni ...




Klik ruangan "Client" seterusnya klik "Appointment", terus nampak list appointment kita. Boleh la set tarikh and masa dalam phone. Buat reminder untuk husband juga. Senang if husband nak apply cuti kan. Dan jangan lupa, rekod period kita. Berapa hari bulan datang, berapa hari datang and habis period bila. Nanti nurse akan tanya. 

Sekarang kan mudah, pakai apps ja. Download ja apps "Period Tracker" dalam phone, period datang ja terus tekan "Start Period" then kalau habis "End Period". Easy. Memudahkan urusan nurse nanti.



Cantik kliniknya. Klinik ni dekat Tingkat 6, Bangunan LPPKN Jln Raja Laut, Kuala Lumpur. Staff sangat friendly and very helpful. Bawa IC, Kad Nikah dan standby duit RM65 untuk first appointment. Nanti staff akan bagi kad temujanji, lepas ni bawa kad tu ja. 

Staff juga akan minta kita dan pasangan baca prosedur klinik. Lepas baca, suami isteri sign di bawah sebagai tanda setuju. Dan suami kita akan diminta naik ke tingkat 7 bagi proses pertama iaitu (sorry kalau bunyi kasar bahasanya, proses tu adalah mengeluarkan air mani). Air mani suami akan di bawa ke lab bagi tujuan pemeriksaan samada "ada sperma" atau "tiada sperma". 

Isteri pula akan tunggu di tingkat 6 sehingga dipanggil nurse ke Ruangan Clearance. Sementara menunggu tu, fatin ambil la brosur baca-baca sikit hilang bosan. haha




Dah naik nombor giliran, boleh la bergerak ke Ruangan Clearance bagi tujuan timbang berat badan, ukur tinggi dan maklumat peribadi yang agak sensitif. Nurse akan tanya beberapa soalan, jawab ja terus terang and kalau ada yang perlu dirahsiakan, nurse akan letak "PNC" atau Private And Confidential. Jangan risau. 

Lepas dah selesai urusan fatin, nurse akan panggil suami pula. One by one. Suami pun akan lalui benda yang sama. Nurse akan tanya beberapa soalan. Dah selesai keduanya, nurse akan jumpa berdua pula untuk clear pasal air mani, lab result, haid isteri, HSG X-Ray dan lain-lain. 

Untuk isteri, nurse akan sediakan surat refer atau surat rujukan untuk HSG X-Ray di klinik/hospital swasta. Hospital Kerajaan tak boleh. Mereka perlukan report dan film X-Ray. So, spend duit sikit. Tapi nurse tu ada suggest satu tempat di Wisma DBKL namanya Daya X-Ray by Dr.Mohan. Don't worry, nurse akan maklumkan pada kita apa perlu buat itu ini dan sebagainya. 

Lepas balik dari klinik, fatin period 1st day untuk bulan Februari. So, sementara ingat fatin terus call klink Daya X-Ray book appointment untuk HSG X-Ray. Dan tarikh berikutnya 3 Mac 2022 pula.

Wish me good luck dan semoga kita mendapat cahaya mata ya plus (+) semoga penulisan fatin ni membantu para wanita atau pasangan yang ingin cahaya mata. Kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan. Inshaallah... yang penting kita usaha. 

Love, Fatin 💗









Monday, February 7, 2022

2 Tahun Di PERKESO

 Assalamualaikum/Salam sejahtera


Hai semua. Pejam celik, pejam celik dah nak masuk 2 tahun fatin berkhidmat di PERKESO. Mula lapor diri 13 Mei 2020, bulan 5 2022 ni genap la 2 tahun. Rasa macam cepat sangat. Bos itu bos ini, kerja sana kerja sini dah nak renew kontrak. hehe

Fatin sebagai Pegawai Eksekutif (PE) dekat Bahagian Komunikasi Strategik (StratComm), fatin diletakkan bawah Unit Pengurusan Jenama & Kreatif. Actually tu nama unit yang di rebrand. Dulu orang panggil Unit Multimedia. 

StratComm (SC) ni busy jugak sebenarnya. Dari segi editorial, Identiti Korporat (CI), Media & Kreatif semua bawah StratComm. Boleh dikatakan team SC ni akan busy gila kalau ada program or event besar-besar contohnya Karnival PenjanaKerjaya, KerjayaGig etc. Memang team SC yang akan turun padang dan berkampung. Walaupun event tu event orang lain atau bahagian lain, tak tahu la kenapa team SC yang paling busy di situ. haha

Dan sebenarnya, SC ni lebih fokus kepada hebahan media. Contoh unit fatin akan ambil gambar & video sekitar event berlangsung, lepas settle event & sidang media (PC), unit fatin akan transfer gambar & video tadi dan pass kepada unit editorial. Then, unit editorial akan create e-mel & attach kenyataan media bersama link gambar & video. Ada media yang akan guna gambar & video kami, ada media yang datang sendiri.

SC juga akan check infografik, poster, brosur etc sebelum dikeluarkan kepada orang luar. Sebab SC jaga CI atau Corporates Identity PERKESO. Dari segi warna, font, layout SC akan semak dulu. Macam tu... Kerja sini sempoi, orang kata "layan ja" haha. 

Unit fatin lebih fokus kepada grafik, shooting CEO, video editing etc. Geng-geng teknikal gitu. Nak duduk SC ni kena kuat mental & fizikal haha. Tapi tu semua tak rasa kalau kita dengan team. Masing-masing bantu. 

Team StratComm bersama Ketua Eksekutif PERKESO


Majlis Sambutan Hari Deepavali 2021

Setup prompter

Setup untuk recording Ketua Eksekutif

Recording bersama Menteri, YB M.Saravanan

Kalau dapat "wahyu" dari Pejabat CEO, Pejabat Menteri, memang begini la tugas unit fatin. Kena pasang green-screen, kena setup lighting, setup mic & prompter. Ke hulu ke hilir angkut camera. Enjoy ja kerja ni, jangan stress-stress.

Recording Menteri

Naik bot dengan Menteri & Ketua Eksekutif PERKESO


Photo & Video


Alhamdulillah.. sepanjang 2 tahun berkhidmat di PERKESO, fatin dapat pengalaman yang tak ternilai & dikelilingi kawan-kawan kerja yang baik. Kalau stress, kena marah dengan bos tu, mana-mana pun akan ada. Kerja kedai makan pun kena marah dengan bos. So, kita stay positif ja. 

Now fatin tengah siapkan senarai tugas, senarai kerja-kerja yang fatin buat dari tahun 2020 sampai 2022. Nak kena ingat semua kerja dari awal masuk. Nasib la ada record. Dalam hard-disk masih ada kerja-kerja lama. Banyak sangat kalau nak senaraikan. Disebabkan nanti nak renew kontrak, HR minta senarai tugas & kerja sepanjang 2 tahun di PERKESO. Means kerja apa yang dibuat, event apa yang kita terlibat, aktif ke tak di PERKESO ni or rilex ja haha. 

Dah settle nanti, fatin kena serahkan kepada Ketua Bahagian (KB) fatin untuk semak, ulasan, komen bos dekat fatin. Kerja bagus ka tak. Dan diserahkan kepada HR. 

Setiap tahun semua anggota PERKESO (kecuali Sambilan Harian) akan buat SPPA. Kalau dekat Kerajaan dipanggil Sasaran Kerja Tahunan (SKT). Means dalam masa setahun tu, listkan tanggungjawab, KPI, senarai kerja yang dibuat. Begitulah...

Okay, malas nak menaip. Nanti sambung lagi.

Love, fatin 💗

Tuesday, January 11, 2022

Bermalam Di Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highland

 Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Fuhh fuhh.. berhabuk blog lama tak update. Biasa la nak menulis pun kena ada mood + sekarang memang kerja banyak program luar. 

7-8 Januari 2022 hari tu, fatin and husband saja la pergi bercuti dekat-dekat KL ni. Genting ja. Honeymoon gitu. Nak lepak-lepak tempat sejuk. 

Fatin book hotel dekat Agoda.com , mostly dekat Genting tu banyak service apartments atau homestay. Hotel tu ada tapi tak banyak pilihan sangat. Mula nak check in service apartment tapi fatin berdua ja. Bilik sampai 3-4, tak berbaloi rasa. Harga pun sekitar RM550-RM800 lebih. Kalau bercuti dengan family ramai-ramai ok la untuk ambil satu rumah. 

Then fatin cari punya cari, ada satu hotel namanya Grand Ion Delemen Hotel. Hotel ni jauh sikit dari area Genting Premium Outlet (GPO) and First World tu. Dia macam terletak di bukit sebelah. Kena ke seberang macam tu. Jalan pun pusing-pusing nak ke sana and akan lalu depan Amber Court. 

Even jauh, tempat dia best and ramai rupanya stay sana. Staff pun friendly sangat. Bilik bersih and sejuk even tak on aircond. Kabus pun tebal atas sana. Fatin dapat bilik tingkat 29.

Credit photo : GOTravel Malaysian Flavours
http://www.malaysianflavours.com/


Fatin tak sempat nak ambil gambar bilik tapi suasana bilik sebiji macam di atas tu. Check in pukul 3 petang, rehat jap lepas tu mandi. Fatin and husband keluar jalan-jalan GPO dalam pukul 5:30 macam tu. Husband pun macam boring sebab dekat area situ tak ada apa, ada hotel semata. Dekat lobi ada MyNews kalau nak beli maggi, air etc and hotel pun ada 2-3 restoran yang kita boleh makan. Buka pukul 11 pagi hingga 11 malam tak silap. 

Makanan dia fatin bagi rate 3.5/5 and mahal sikit. Rasanya ramai tahu kalau makanan hotel memang agak mahal dari luar. Memandangkan tak ada pilihan lain, makan ja. 


Masa ni fatin dapat satu bilik RM300/malam include breakfast. No deposit. Bayar RM300 tu ja. So okay la. Bilik ada balkoni and luas. Yang nak berhoneymoon atau bercuti, boleh try hotel ni. Recommended ! 







Monday, July 13, 2020

Pengalaman Temuduga Nikah (Ganti Kursus Pra-Perkahwinan)

Assalamulaikum wbt & Salam sejahtera semua pembaca blog fatin...

Okay, dah lama fatin tinggal blog, lama tak buka dan lama tak update blog. Actually fatin sekarang super duper busy dengan kerjanya dan sibuk prepare untuk majlis akad nikah fatin hujung Julai ni. Tarikh yang fatin pilih 26 Julai 2020 iaitu sehari selepas tarikh lahir fatin 25 Julai. Even akad nikah ja tapi fuhhh banyak benda nak kena settle. Dari segi borang SPIIM, pengesahan, baju, pelamin, photographer dll. 

And ada 1 pengalaman yang tak boleh dilupakan iaitu interview nikah. Sebabnya fatin tak pernah hadir mana-mana kursus pra-perkahwinan, then semenjak musim PKP,PKPB & PKPP ni, tempat untuk kursus kahwin of course la tutup. Tapi, Alhamdulillah..Allah nak mudahkan urusan fatin, Menteri Besar Kedah umum yang bakal pengantin tak perlu hadir kursus kahwin tetapi WAJIB temuduga dan jawab beberapa soalan bagi menggantikan kursus kahwin.

So, fatin pun terus buka facebook pejabat agama daerah sik untuk tahu prosedur-prosedur temuduga tu macam mana. Rupanya dah ada soalan bocor. Kita hanya perlu baca dan hafal. Alhamdulillah...

Bulan 5 fatin balik kedah untuk settle borang permohonan nikah fatin. Fatin bawa sekali dengan dokumen tunang fatin. Sebab dia punya dah lulus. Lepas pihak lelaki lulus, baru la fatin bawa ke PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) untuk kelulusan fatin pulak. Pagi-pagi lagi dah berbaju kurung, pergi rumah imam minta tanda tangan dan terus ke PAID. Sementara tunggu dipanggil interview, fatin kena isi borang-borang dan pegawai PAID akan semak dokumen kita lengkap atau tak. Dah lengkap, pegawai sorang lagi akan panggil kita untuk ditemuduga. 

Soalan ada 15. Markah kena lebih dari 50 baru lulus. Berdebar kau ... hahahaha 

Macam ni soalan & prosedur untuk "pengantin PKP"


Lepas dah duduk, dia pun mula tanya mengikut soalan-soalan yang ada. Alhamdulillah..lulus dan pegawai tu terus tanya bila tarikh yang kita nak, then dia check takut time tu ramai sangat ka apa ka. Dah settle semua, fatin perlu bayar sebanyak RM 10 kepada pegawai temuduga tu. Pegawai tu tak garang pun, tak marah pun kalau tak reti, siap tolong explain lagi untuk kita. 

So, yang mana batch fatin yang kena interview, ambil lah kenangan ni untuk cerita pada anak cucu kelak hahaha. Kenangan ni tau. Digelar pengantin PKP

Yang bestnya tunang fatin sebab dia berstatus duda, so dia tak perlu kursus untuk kali kedua. Just guna yang lama. So fatin ja kelam kabut sorang-sorang. Tapi inilah yang dipanggil pengalaman dalam hidup. 23 tahun hidup, first time dikenakan perintah berkurung. 

Okay, sampai sini ja. Next fatin akan cuba cari masa sesuai untuk update lagi okeh ?
Love you..



Saturday, April 18, 2020

Pengalaman Temuduga PERKESO

Assalamualaikum/Salam sejahtera

Sekarang tengah waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) akibat Covid-19 di Malaysia. So fatin banyak sangat masa terluang haha. Cuma malas nak menaip. Tajuk hari ni simple ja. Nak cerita pengalaman fatin masa interview di PERKESO iaitu pada 18 November 2019.

First sekali fatin buat sebelum dapat interview ni of course la isi borang macam Jobstreet/Maukerja etc tu. TAPI ! yang ni bukan di laman web lain ya. Fatin isi di laman web rasmi PERKESO (https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/) Kalau korang rajin, korang buka la laman web PERKESO dan lihat di ruangan "Peluang Kerjaya" atau (https://hr.perkeso.gov.my/). Dekat dalam tu, akan ada satu ruang "Iklan Terbaru". Haa..dekat situ la selalu naik jawatan-jawatan kosong terbaru yang dibuka oleh PERKESO. Kalau nak lagi senang, korang register/daftar dulu. Bila dah isi semua, masukkan gambar saiz passport dalam tu, terus SAVE.

Syaratnya, kena selalu pantau page tu. Kena selalu buka. Sebab PERKESO ni tak ada la war-warkan sangat if ada jawatan kosong dekat website lain. Selalu di website dia sendiri. Kalau korang bernasib baik buka ja website HR tu ada jawatan kosong terus Log In dan send resume yang dah isi tu tau. Maksudnya, kita dah standby. Buka ja terus send.

Alright, Masuk ke topik interview. Masa fatin buka laman web PERKESO tu, memang bernasib baik, Alhamdulillah..Perkeso memang tengah open 4 jawatan. Setiap 1 jawatan tu nak pakai 20-52 orang tak silap. Ramai. Fatin tunggu hampir 6 bulan untuk tahu jawapan samada dapat interview atau tak. Berdoa la banyak-banyak ya.

Gambar : Harian Metro

Sampai 1 masa tu fatin dah give up. Dapat, dapat lah. Tak dapat pun tak apa. Tu baru fasa interview. Tapi nak dikatakan rezeki dari Allah, 1 hari tu tergerak hati nak check email, Alhamdulillah.. dapat email dari PERKESO untuk menghadiri Temuduga Jawatan Pegawai Eksekutif Gred 19 (Kontrak).

Untuk makluman semua, PERKESO punya gred ni lain sikit dari lain. Fatin tak sure yang lain macam mana. Kalau dalam kerajaan Gred 29, di PERKESO Gred 19. Macam tu. Level diploma la. Kontrak di PERKESO selalunya 2 tahun.

So, fatin pun diberi masa lebih kurang seminggu untuk prepare semua dokumen yang nak dibawa time interview. Dah prepare semua, fatin kena baca dan faham apa fungsi PERKESO. Banyak fatin hafal tau 1 buku jugak haha.

Pagi-pagi dah terpacak dekat Menara PERKESO,Jln Ampang, KL. Pukul 9 masuk dewan menunggu. Ramai. Dalam masa menunggu tu, pegawai dari Bahagian HR PERKESO akan brief semua calon apa yang perlu dan apa yang tak perlu. Dokumen apa nak letak dan semua perlu ikut turutan. List dokumen pegawai HR akan sediakan untuk kita. So, kalau lengkap, kita tick dalam column.
Macam kes fatin terlupa bawa Sijil SPM. Cakap ja dekat pegawai yang dokumen tak cukup. Jangan malu tanya dan cakap ya. Kalau lupa/tak lengkap cakap ja. Nanti dia akan bagi penyelesaian lain.

So bila dah siap semua dokumen, kita tunggu untuk dipanggil oleh panel. SERAM. Ok, sekali masuk 6-8 orang. Ramai weh. Even ramai tapi panel nak tengok siapa yang banyak bahas/bagi idea etc. Dah la speaking, fatin dah jem kepala. Lama tak speaking semenjak kerja KSM. Tak confident dah. Fatin rasa fatin yang paling noob antara semua. Semua gempak ja english. Cair habis macam matsaleh. Haihhh... dalam hati fatin "mati dah aku..memang tak dapat la kalau macam ni". Tapi please try your best ok. Fatin pun try jugak cakap walaupun banyak aaaaa....errrrr....emmmm....

Panel tanya 3 soalan :

1. Perkenalkan diri (macam biasa)
    - part ni please cerita sehabis baik pasal diri kita. Kelebihan kita. Biar la orang nak cakap apa
2. Apa pandangan kita tentang rasuah
3. Bagaimana cara nak atasi rasuah dikalangan kita/pekerja etc

Fatin jawab sikit-sikit mana agak fatin tahu haha. So.. dah settle semua, kita dah boleh balik.
Serius, fatin tak harap langsung aku dapat dengan keyakinan kurang, cakap entah apa, rasa down dah.
Tapi rezeki Allah dah letak. Alhamdulillah..fatin dapat kerja dan jawatan tu.

So, next inshaallah kalau tak ada apa-apa, fatin cerita part dapat email tawaran kerja. Apa-apa pun wish me luck dan semoga kita semua murah rezeki yang penting, jangan lupa berdoa pada yang Esa kerana dia maha pemberi rezeki. Percaya kepadaNya.

Bye...



Friday, April 3, 2020

Pengalaman Kerja Sebagai Pembantu Sambilan Harian (PSH) Gred 29

Assalamualaikum WBT/Salam Sejahtera

Alhamdulillah..tergerak hati nak create blog bagi tujuan berkongsi pengalaman/minat/maklumat dll.
So,disebabkan fatin ada masa terluang fatin nak kongsi serba sedikit pengalaman fatin bekerja sebagai Pembantu Sambilan Harian Gred 29 atau PSH 29.

OKAY ! Masa fatin kerja di Kementerian Sumber Manusia (KSM) Putrajaya (2018-2020), sebagai Pembantu Sambilan Harian Gred 29 atau PSH 29,bergaji hari sebanyak RM72/Sehari tetapi dibayar secara bulanan lah bukan hari, fatin sebenarnya mula-mula okay ja dengan kerja sebagai PSH, but bila kita dah lama kerja, then fatin mula fikir "sampai bila nak kerja bergaji macam ni" bisik fatin dalam hati hehe. Sebabnya...

1. Gaji kira hari ( SPM RM52 , DIPLOMA RM72, DEGREE RM100 / Hari )
2. Kerjalah sampai 10 tahun pun gajinya begitu ja
3. Kalau kerja ada gaji, tak kerja tak ada gaji
4. If cukup semua 22 hari kerja, baru la dapat gaji full. Kalau cuti sehari, tolak la RM72 tu
5. Ada OT,Elaun harian,Elaun lojing dll
6. Kontrak 3 bulan - 3 bulan - 3 bulan ( jika disambung atau ada keperluan )

So, fatin fikir umur makin meningkat sampai bila nak kerja gaji bulanan RM1300 kan ? Fatin ada komitmen bayar kereta & rumah sewa. Kiranya dapat gaji memang habis dekat dua benda tu ja. Baju,kasut baru etc semua terpaksa hold atau simpan duit. Agak sadis. Beruntungnya fatin ditempatkan di Pejabat Menteri sebagai Unit Media Menteri masa tu. Bila follow menteri, of course akan busy dengan program dalam/luar office & kawasan. So dari situlah fatin dapat claim OT lebih sikit. Ada dikalangan PSH lain yang tak ada OT, makan basic ja. Ada ya. Untuk OT selalunya kena ada surat atau arahan dari Ketua Jabatan atau Ketua Unit masing-masing. 

Cara Penggajian PSH 

Gaji selalunya dibayar awal bulan. 1hb hantar gaji/minta sign,cop bos then dah settle kena hantar Bahagian Kewangan sendiri ya. Bukan macam penjawat awam lain, 25hb tengok dah masuk bank. Nope untuk PSH . Fatin tak pasti di kementerian lain sama ka tak. Maksudnya, kena settle before 3hb, kalau tak gaji lambat la. 

1hb-3hb : waktu nak settlekan dokumen-dokumen gaji (sign,cop etc)
5hb-7hb : dijangka masuk gaji 

atau kadang-kadang LAMBAT ! haha. Kena banyak sabar. Thats why dapat gaji,OT etc beli barang dapur juga standby kot gaji masuk 12hb haha. Jangan la hari-hari makan luar. 

Alhamdulillah...syukur sangat sepanjang bekerja di KSM, banyak pengalaman yang fatin dapat belajar dari senior-senior,kawan-kawan di sana. Betul orang cakap, rezeki bukan duit,harta ja tapi dikelilingi orang yang baik-baik adalah rezeki juga. Bagi fatin, pengalaman lebih penting. Belajar dari pengalaman. Dari zero fatin sekarang dah tahu rupanya KSM ni function nya macam ni macam tu. So tu fatin rasa sangat berharga.

Fatin masuk KSM umur 21 tahun, now 2020 dah 23 tahun. Last contract fatin dengan KSM sebab fatin dapat tawaran yang ok, jadi kita grab ja. Bagi fatin 3 tahun tu dah ok untuk orang muda macam fatin (k perasan) dapat pengalaman bekerja bersama Menteri, Timbalan Menteri. Kadang-kadang fatin macam tak sangka fatin akan bekerja untuk orang-orang besar tapi itu yang dipanggil REZEKI. Memandangkan perjalanan fatin masih jauh sebagai anak muda, fatin ada target, keinginan diri sendiri nak beli itu ini, ada itu ini jadi fatin buat keputusan untuk meletak jawatan sebagai Unit Media di KSM pada Mac 2020. 

So harap fatin berjaya untuk kerja seterusnya. Perjalanan mesti diteruskan. Rezeki di mana-mana. Percaya kepadaNya. Inshaallah hidup sentiasa diberkati. Agak sedih meninggalkan tempat kerja lama dan kawan-kawan yang baik tapi fatin pun tak pergi jauh dari KSM, haha sebab fatin dapat tawaran agensi di bawah KSM juga. Masih di bawah kementerian yang sama. Cuma envoirenment baru. Fuhh.. wish me luck. 

Bersama Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) , Timbalan Menteri KSM, Dato Hj Mahfuz Omar & Ketua Pengarah

Bersama Menteri KSM, YB M.Kula Segaran di Hari Pertabalan Agong

Bersama Team DOSH/JKKP Malaysia

Lawatan Kerja Menteri ke Ladang Teh Cameron Highland

Bersama Menteri KSM, YB M.Kula Segaran,TKE TalentCorp & Perkeso & Menteri KBS, YB Syed Saddiq

Bersama Dato Sri Ismail Hj Muttalib, Ex Timbalan Menteri KSM di Parlimen

Itulah serba sedikit kenangan fatin bersama kawan-kawan sepanjang di KSM. Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi itu dah la. Malas nak scroll cari haha. Terima kasih semua ! Hingga kita berjumpa lagi inshaallah. Thanks for the great memories :)